Hubungan kepimpinan instruksional guru besar dengan iklim bilik darjah dan tahap motivasi guru sekolah rendah di Sabah

Maimunah Suhaibul (2007) Hubungan kepimpinan instruksional guru besar dengan iklim bilik darjah dan tahap motivasi guru sekolah rendah di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (147kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan hubungannya dengan iklim bilik darjah dan tahap motivasi guru sekolah rendah di daerah Kata Belud. Sampel kajian terdiri daripada semua guru di tiga buah sekolah berkenaan iaitu seramai 79 orang. Ujian min digunakan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap kepimpinan instruksional guru besar, iklim bilik darjah dan tahap motivasi guru. Dapatan kajian menunjukkan min= 4.13 bagi persepsi guru terhadap kepimpinan instruksional guru besar, min= 3.31 bagi iklim bilik darjah dan min = 3.58 bagi tahap motivasi guru. Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan kepimpinan instruksional guru besar dengan iklim bilik darjah dan tahap motivasi guru. Dapatan kajian mendapati ada hubungan positif yang signifikan pada tahap 0.536(N=79, k <0.01) bagi hubungan Kepimpinan instruksional dengan iklim bilik darjah dan begitu juga dengan hubungan Kepimpinan instruksional guru besar dengan motivasi guru adalah positif pada tahap 0.518.(N= 79, k<0.01). Diakhir kajian dikemukakan beberapa cadangan kepada penggubal dasar, guru besar dan pemimpin sekolah bagi mempertingkatkan kepimpinan instruksional guru besar untuk membantu guru besar menjalankan fungsi sebagai guru besar yang berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepimpinan instruksional, Guru besar sekolah rendah, Iklim bilik darjah, Motivasi guru, Persepsi guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2025 16:43
Last Modified: 10 Oct 2025 16:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45369

Actions (login required)

View Item View Item