Jainih Sabin (2008) Hubungan antara kreativiti pengajaran guru teknologi bengkel dengan pencapaian pelajar Sekolah Menengah Teknik di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (911kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Kreativiti merupakan satu topik yang sering diberi tumpuan dalam pelbagai bidang, baik sebagai satu proses pemikiran, personaliti, persekitaran mahupun hasil kerja. Kerajaan Malaysia telah memulakan pelbagai usaha ke arah membangunkan dan mengembangkan daya kreativiti rakyat dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan perniagaan. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kreativiti pengajaran guru dengan pencapaian pelajar bagi subjek Teknologi Bengkel di sekolah-sekolah menengah teknik di Sabah. Penyelidik telah memilih dua buah sekolah menengah teknik di luar bandar dan dua buah lagi di bandar secara rawak mudah. Manakala 98 orang guru sebagai responden kumpulan pertama dan 83 orang pelajar sebagai responden kumpulan kedua sebagai sampel kajian yang dipilih secara rawak berlapis daripada populasi kajian seramai 128 orang guru dalam kalangan aliran vokasional ketukangan dan 100 orang pelajar tingkatan lima kursus Elektronik. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan data diperolehi melalui soal selidik berasaskan 5 Skala Likert yang diedarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar secara berasingan dan seterusnya dianalisis menggunakan program "Analisis Data Berkomputer' (SPSS 11.5 For Windows). Data maklumat demografi responden di analisis secara Statistik Deskriptif, manakala Statistik lnferensi seperti Ujian t bagi menguji hipotesis berkaitan perbezaan kreativiti pengajaran guru dari segi pengalaman mengajar, tahap umur, pengalaman berkursus, dan lokasi sekolah. Berikutnya, pengkaji menggunakan kolerasi pearson bagi menguji hipotesis yang dibina menggunakan Model Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (Torrance, 1984) iaitu empat dimensi kreativiti guru dan yang utama ialah kreativiti pengajaran guru. Seterusnya ujian kolerasi pearson digunakan untuk menguji hipotesis yang dibina menggunakan Model Khatena-Torrence Creative Perception Inventory (1998) iaitu kreativiti pembelajaran pelajar. Aras kepastian 0.05 digunakan untuk tujuan pengukuran keseluruhan hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kreativiti pengajaran guru dari segi pengalaman mengajar, tahap umur, dan pengalaman berkursus. Manakala wujud perbezaan yang signifikan antara kreativiti pengajaran guru dari segi lokasi sekolah. Seterusnya tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kreativiti guru dengan pencapaian pelajar bagi subjek Teknologi Bengkel dari dimensi kreativiti guru sebagai proses mental mahupun dalam konteks individu. Tetapi wujud hubungan yang signifikan antara kreativiti guru dengan pencapaian pelajar bagi subjek Teknologi Bengkel dari dimensi kreativiti guru sebagai ciptaan produk tetapi pada tahap sangat lemah. Hasil dapatan yang utama menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kreativiti pengajaran guru dengan pencapaian pelajar bagi subjek Teknologi Bengkel walaupun pada tahap sangat lemah. Akhir sekali, tidak wujud hubungan yang signifikan antara kreativiti pembelajaran pelajar dengan pencapaian pelajar bagi subjek Teknologi Bengkel. Oleh itu bagi tujuan kajian lanjutan, penyelidik mencadangkan satu kajian yang lebih menyeluruh yang melibatkan populasi yang lebih besar misalnya populasi guru dan pelajar dari satu daerah bagi menggambarkan hasil dapatan yang lebih konsisten. Kebaikannya adalah dapat mengkaji perbezaan kreativiti pengajaran guru dari sekolah menengah harian dengan guru sekolah menengah teknik di Sabah serta hubungan kreativiti pengajaran guru dengan pencapaian pelajar yang lebih jelas.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Kreativiti pengajaran guru, Pencapaian pelajar, Teknologi Bengkel, Sekolah menengah teknik, Sabah, Kreativiti pendidikan |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 07 Nov 2025 09:55 |
| Last Modified: | 07 Nov 2025 09:55 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45629 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

