Nur Fadhilah Emik Abdullah @ Darisna Emik (2008) Kesediaan guru dalam pelaksanaan pentaksiran ujian lisan berasaskan sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) di sekofah menengah daerah Kota Kinabalu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar, kategori perkhidmatan dan bidang opsyen guru. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh pengetahuan dan kaedah pengajaran guru dalam pelaksanaan ULBS. Kajian ini dijalankan terhadap guruguru yang mengajar bahasa Malaysia dalam tingkatan 4 dan 5 ( n=72) di sebelas buah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Data diperoleh melalui soal selidik. Indek kebolehpercayaan Cronbanch's Alpha untuk pengetahuan (.892), kaedah pengajaran( .872) dan pelaksanaan ULBS (.816) adalah memuaskan. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta statistik inferensi ( Ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson 'r' dan Regresi Linear). Data kajian diproses menggunakan SPSS Versi 15.0. Dapatan utama kajian menunjukkan tidak wujud cfi perbezaan min yang signifikan dari aspek pengalaman mengajar ( F(3,68)=.596, ,r. p>0.05] ) kategori perkhidmatan [t (70)=.268, p>0.05) dan bidang opsyen guru [,r (70)=-.949, p>0.05). Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan guru [r (72)= .825; p<0.05) dan kaedah pengajaran guru [r (72)= .706; p<0.05) dalam pelaksanaan ULBS. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara pengetahuan guru (P = .825, t = 12.216, p<0.05) dan kaedah penggajaran guru (P = . 706, t = 8.344, p<0.05) dalam pelaksanaan ULBS. Secara ·keseluruhannya faktor yang paling mempengaruhi guru dalam pelaksanaan ULBS adalah penguasaan pengetahuan (68.1 %, R2 = .681) berbanding faktor kaedah pengajaran guru (0.05%, R! = .05).
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Teacher readiness, School-Based Oral Assessment, ULBS, Bahasa Malaysia, Teaching methods, Teacher knowledge, Educational assessment, Secondary schools |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 07 Nov 2025 10:21 |
| Last Modified: | 07 Nov 2025 10:21 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45660 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

