Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu dan Penampang

Lenny Triani Binti Kusnin (2009) Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu dan Penampang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan dalam kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di daerah Kata Kinabalu dan Penampang. Seramai 64 orang responden dari 28 buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu dan Penampang telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kaedah kajian adalah dengan menggunakan borang soal selidik.Soal selidik dibina berdasarkan kepada Model Kecerdasan Emosi oleh Goleman (2002) yang terbahagi kepada dua kompetensi kecerdasan emosi iaitu kompetensi personal (kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri) serta kompetensi sosial (kesedaran sosial/empati dan kemahiran sosial). Manakala Model Kepimpinan Hay/McBer oleh Goleman (2000) yang mengemukakan enam gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan paksaan, kuasa, afiliasi, demokrasi, memandu dan melatih digunakan dalam kajian ini. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti mencari kekerapan, peratus, min, ujian ANOVA Satu-Hala dan korelasi Pearson. ANOVA Satu-Hala digunakan untuk mencari perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan umur, perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan pengalaman bertugas, dan perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan gaya kepimpinan. Pekali Pearson digunakan untuk mencari hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan [F(4,59)=1.215,p>0.05] kecerdasan emosi berdasarkan umur. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan [F(4,59)=2.003,p>0.05] kecerdasan emosi berdasarkan pengalaman bertugas. Dapatan ujian ANOVA Satu-Hala seterusnya menunjukkan terdapat perbezaan signifikan kecerdasan emosi berdasarkan gaya kepimpinan guru dimana terdapat kecerdasan emosi dicatatkan dalam kalangan guru yang mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi (M=4.16,SP=.32), gaya kepimpinan melatih (M=4.15,SP=.42) dan gaya kepimpinan afiliasi (M=4.13, SP=.14). Pekali korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan gaya kepimpinan demokrasi (r=.426,p<0.05) dan gaya kepimpinan melatih (r=.383, p<0.05) guru Bimbingan dan Kaunseling. Pengkaji mencadangkan kajian ini diperluaskan kepada semua guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah dan sekolah rendah dan melibatkan populasi yang lebih luas. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan agar pihak sekolah mengambil kira aspek kepimpinan guru iaitu dengan mewajibkan semua guru mengikuti pelbagai kursus kepimpinan dan menjawab pelbagai soalan inventori gaya kepimpinan dari semasa ke semasa. Dicadangkan juga agar aspek kecerdasan emosi di ambil kira sebelum calon pelajar atau pelatih mengambil sebarang kursus terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Institut Pengajian Tinggi atau Institut Pendidikan Guru_. Akhir sekali, kajian ini turut mencadangkan agar lebih banyak kajian berkenaan kecerdasan emosi dan kepimpinan dijalankan ke atas semua guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kecerdasan emosi, Kepimpinan guru, Sekolah menengah, ANOVA, Institut Pengajian Tinggi
Subjects: L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: RAZALINAH BINTI DARAIM -
Date Deposited: 06 Jan 2026 12:40
Last Modified: 06 Jan 2026 12:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45795

Actions (login required)

View Item View Item