Abdul Hussin Bin Madjakinal (2009) Peranan penolong kanan kokurikulum dalam pengurusan kokurikulum di sekolah menengah di Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (919kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti peranan yang sepatutnya dimainkan oleh penolong kanan kokurikulum dalam pengurusan kokurikulum di sekolah menengah daerah Kata Kinabalu. Aspek pengurusan kokurikulum yang dilihat adalah berdasarkan peranan dan tanggungjawab penolong kanan kokurikulum sebagai perancang, pengelola, penyelia atau pengawal dan penilai dalam aktiviti kokurikulum. Sampel kajian ini terdiri daripada 63 orang guru dari 6 buah sekolah menengah di daerah Kata Kinabalu. Kajian ini bersifat deskriptif dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubahsuai berdasarkan kepada panduan pengurusan kokurikulum yang telah dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah. Kajian rintis telah dijalankan terlebih dahulu yang melibatkan 32 responden guru-guru penasihat kokurikulum untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahan. kemudian dianalisis menggunakan alpa Cronbach dan mendapati nilai Alpha adalah 0. 931. Hasil ujian kebolehpercayaan ini mengesahkan bahawa soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah tahap tinggi dan sesuai untuk menerangkan dimensi yang ditetapkan. Data yang diperolehi dianalisis bagi menerangkan dapatan Skor min dan sisihan piawai digunakan bagi menerangkan setiap dimensi yang dikaji. Ujian-t sampel tidak bersandar digunakan mengenal pasti perbezaan amalan guru penolong kanan kokurikulum berdasarkan ciri demografi. Kolerasi Pearson juga digunakan untuk mengenal pasti hubungan inter-dimensi antara amalan pengurusan guru penolong kanan kokurikulum di sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru mempersepsikan penolong kanan kokurikulum memainkan peranannya dalam pengurusan kokurikulum pada tahap yang tinggi iaitu min 3.99 dengan sisihan piawai 0.47. Manakala dalam setiap dimensi yang dinilai juga menunjukkan tahap penilaian yang tinggi. Dimensi perancang kokurikulum min 4.12 dan sisihan piawai 0.48, dimensi pengelola min 4.08 dengan sisihan piawai 0.51, dimensi penyelia min 3.85 dengan sisihan piawai 0.54 dan dimensi penilai min 3.92 dengan sisihan pawai 0.55. Ini menunjukkan bahawa menurut persepsi guru-guru penasihat kokurikulum, penolong kanan kokurikulum di sekolah menengah di sekitar Kata Kinabalu memainkan peranan mereka sebagai pengurus kokurikulum. Namun begitu sedikit kelemahan didapati dalam dimensi penyeliaan atau pengawalan oleh penolong kanan kokurikulum terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum. Hal ini perlu diberi perhatian agar segala matlamat dan objektif pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah dapat dicapai berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek serta sahsiah (JERIS).
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Pengurusan kokurikulum, Sekolah menengah, Jemaah Nazir, Alpa cronbach, |
| Subjects: | L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | RAZALINAH BINTI DARAIM - |
| Date Deposited: | 23 Jan 2026 20:40 |
| Last Modified: | 23 Jan 2026 20:40 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45848 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

