Mengenal pasti kelemahan kemahiran membaca murid-murid di Sk.Ulu Mosopoh,Nabawan

Ampaku Bin Mantis (2010) Mengenal pasti kelemahan kemahiran membaca murid-murid di Sk.Ulu Mosopoh,Nabawan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (194kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua matapelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Malaysia. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun 1 lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Sehubungan itu, satu kajian telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ulu Mosopoh,Nabawan bagi mengetahui kebolehan murid dalam membaca ayat dengan la near. Berdasarkan sesi bacaan yang telah dijalankan ke atas 20 orang murid Tahun 1 hingga 6, didapati seramai 4 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan ini. Bagi membendung masalah ini, saya telah mengambil langkah menjalankan pengumpulan data melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Saya telah menjalankan kajian ini bagi mengenal pasti masalah dan punca yang menyebabkan mereka amat lemah dalam kemahiran mengeja dan membaca. Melalui kajian ini saya begitu mengharapkan masalah kemahiran membaca murid dapat diatasi bagi meningkatkan prestasi murid. Selain itu saya begitu mengharapkan pelajar-pelajar ini dapat bersaing dengan rakan-­rakan yang lain serta mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas biasa.Dapatan daripada ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kelemahan, Kemahiran, Sk.ulu Mosopoh, Nabawan, Ujian Pra, Pasca
Subjects: L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: RAZALINAH BINTI DARAIM -
Date Deposited: 23 Jan 2026 20:47
Last Modified: 23 Jan 2026 20:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45849

Actions (login required)

View Item View Item