Persepsi dan sikap para pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap makanan segera

Hema Rani Ulakanathan (2011) Persepsi dan sikap para pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap makanan segera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001033.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi dan sikap para pelajar Universiti Malaysia Sabah. Seramai 450 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah telah dipilh secara rawak dan mereka diminta untuk menjawab borang soal selidik yang meliputi data demografi, persepsi dan sikap pelajar terhadap makanan segera. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for The Social Science bagi mendapatkan kekerapan dan mencari hubungan antara faktor. Ujian Khi Kuasa digunakan untuk mencari hubungan antara persepsi pelajar dan demografi manakala ujian Kruskal-Wallis digunakan untuk mencari hubungan antara sikap pelajar dan demografi. Tahap signifikan bagi nilai p<0.05. Secara keseluruhannya, majoriti responden 208 (46.2%) responden berpendapat makanan segera adalah tidak sihat. Responden yang mengetahui pengetahuan definisi makanan segera iaitu 263 (58.4%) pelajar. Majoriti ibu bapa tidak menggemari makanan segera 300 (66.7%) orang. Bilangan ibu bapa responden yang tidak melarang anak mereka daripada mengambil makanan segera adalah tertinggi iaitu 233 (51.8%) orang. Ramai pelajar berpendapat tahap nutrisi makanan segera adalah tahap minimum iaitu 42% responden. Majoriti responden berpendapat harganya berpatutan iaitu 43.1% responden. Para pelajar lebih suka mengambil makanan segera sebulan sekali iaitu sebanyak 150 (33.3%) responden dan menggemari memakan makanan segera pada waktu malam iaitu 183 (40.7%) responden. Televisyen telah dipilih oleh 74.9% responden merupakan sumber media komunikisai yang menjadi pengaruh utama para responden dalam pengambilan makanan segera. Pembuat keputusan yang paling tinggi dalam pemakanan makanan segera ialah diri sendiri iaitu sebanyak 74.0% responden. Faktor utama yang mempengaruhi pemakanan makanan segera adalah rasa dan kualiti makanan segera iaitu 56.7% responden. Faktor yang mendorong majoriti pelajar untuk keluar memakan makanan segera ialah menjimatkan masa iaitu 131 (29.1%) responden. Masalah kegemukan merupakan Implikasi utama daripada pengambilan makanan segera yang dipilih oleh pelajar iaitu 130 (28.9%) responden. Terdapat tujuh faktor dimensi telah dikenalpasti untuk sikap para pelajar melalui Ujian Faktor Analsis iaitu kesan pengambilan makanan segera, kegemararan mengenai restoran makanan segera, kelebihan makanan segera, pengetahuan makanan segera, keselamatan makanan segera, keperluan makanan segera dan kesesuaian untuk gaya hidup. Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa pengambilan makanan segera adalah amat menggalakkan di kalangan pelajar universiti. Industri makanan segera dijangka menghadapi pelbagai cabaran dalam era baru dan perlu sentiasa memenuhi permintaan dengan startegi yang inovatif. Para pelajar pula harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan tidak mengambil makanan segera secara berlebihan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: UMS student, fast food, perception and attitude
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 May 2013 16:20
Last Modified: 13 Oct 2017 17:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6057

Actions (login required)

View Item View Item