Foo, Ming Ming (2009) Tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar IPTA dan IPTS di Sabah terhadap label nutrisi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001114.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan membandingkan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar IPTA dan IPTS di Sabah terhadap label nutrisi serta menghubungkaitkan tahap pengetahuan dan kesedaran terhadap label nutrisi. Lokasi kajian dijalankan di Universiti Sabah Malaysia (IPTA) dan Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IPTS). Seramai 400 responden yang berumur di antara 18- 25 tahun dengan 111 perempuan dan 891elaki di IPTA serta 106 perempuan dan 94 lelaki di IPTS tetah dipilih. Pengumputan data daripada responden dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan jumlah skor=10) responden IPTA dengan min skor 7.3 ± 1.7 adalah nyata lebih baik berbanding dengan tahap pengetahuan responden IPTS dengan min skor 6.8 ± 2.1 (p<0.05). Ujian Chi-Square menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden mempunyai hubungan yang signifikan dengan jantina responden (p<0.05) dan aliran kursus (p<0.05). Tahap kesedaran responden dari segi tabiat dan sikap di kedua-dua IPT tidak menunjukkan perbezaan yang nyata (p>0.05) tetapi mereka mempunyai tahap kesedaran yang positif terhadap label nUtrisi. Ujian Chi-Square menunjukkan bahawa sikap responden terhadap label nutrisi mempunyai hubungan yang signifikan dengan jantina responden (p<0.001). Tahap pengetahuan pelajar IPT didapati berkorelasi dengan sikap terhadap label nutrisi (rs = 0.104; p<0.05). Tahap pengetahuan dan sikap didapati tidak berkorelasi dengan tabiat responden terhadap label nutrisi (p>0.05). Kesimpulannya, walaupun responden mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang positif terhadap label nutrisi tetapi mereka tidak mempunyai tabiat menggunakan label nutrisi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | knowledge level, IPTA/IPTS, nutriton label, awareness, chi-square test |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 13 Jun 2013 08:37 |
Last Modified: | 16 Oct 2017 14:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6256 |
Actions (login required)
View Item |