Perbandingan kualiti 'Produk Biskut Coklat Berkrim Berperisa Vanila' jenama antarabangsa dan tempatan mempengaruhi kecenderungan membeli pelajar UMS dari segi sensori makanan (rasa, bau dan sifat luaran)

Nor Shazwana Sukarni (2007) Perbandingan kualiti 'Produk Biskut Coklat Berkrim Berperisa Vanila' jenama antarabangsa dan tempatan mempengaruhi kecenderungan membeli pelajar UMS dari segi sensori makanan (rasa, bau dan sifat luaran). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001287.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah perbandingan kualiti 'Produk Biskut Coklat Berkrim Berperisa Vanila' jenama antarabangsa dan jenama tempatan mempengaruhi kecenderungan membeli pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari segi sensori makanan (rasa, bau dan sifat luaran). Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan perbandingan kualiti produk biskut jenama antarabangsa dan jenama tempatan. Selain itu, untuk menentukan tahap penerimaan produk biskut jenama antarabangsa dan jenama tempatan dikalangan pel ajar UMS serta menentukan kecenderungan pelajar UMS dalam membeli produk biskut jenama antarabangsa dan jenama tempatan. Penilaian sensori dijalankan dengan menggunakan Ujian Berskala Hedonik terhadap 40 orang panel. Borang soal selidik diagihkan kepada 400 orang secara rawak. Data dianalisa menggunakan taburan frekuensi, Khi-Kuasa Dua dan ANOVA satu hala. Setelah mendapat hasil kajian, didapati 'Produk Biskut Coklat Berkrim Berperisa Vanila' jenama antarabangsa lebih berkualiti berbanding produk biskut jenama tempatan dari atribut sensori iaitu Orea. Melalui tinjauan, 'Produk Biskut Coklat Berkrim Berperisa Vanila' jenama antarabangsa lebih diterima aleh pelajar-pelajar UMS serta lebih cenderung untuk membeli 'Produk Biskut Coklat Berkrim Berperisa Vanila' jenama antarabangsa berbanding biskut jenama tempatan di mana nilai X2 = 16.988, p<0.05. Secara keseluruhannya 'Produk Biskut Coklat Berkrim Berperisa Vanila' jenama antarabangsa (Oreo) adalah lebih bekualiti, diterima dan cenderung dibeli oleh pelajar UMS

Item Type: Academic Exercise
Keyword: quality of biscuit, international and local brand, influence, sensory, Oreo, chocolate
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Aug 2013 11:05
Last Modified: 23 Oct 2017 15:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6834

Actions (login required)

View Item View Item