Azlenah Mohd Sen (2007) Perbandingan label nutrisi dan logo halal bagi produk sardin mempengaruhi kecenderungan membeli pengguna. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001338.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan perbandingan ciri kualiti produk sardin jenama antarabangsa dan tempatan mempengaruhi kecenderungan membeli pengguna dari segi label nutrisi dan logo halal telah dijalankan dengan tujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna dalam membeli sesuatu produk sardin. Selain itu, soal selidik dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan pengguna tentang label nutrisi dan logo halal serta untuk menentukan label nutrisi dan logo halal yang menjadi pilihan pengguna. Lokasi survei adalah di tiga pasaraya sekitar Kota Kinabalu dan seramai 400 orang pelanggan yang keluar dari pasaraya yang berumur lingkungan 21 hingga 50 tahun dijadikan responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Versi 12.0. Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis kekerapan dan khi kuasa dua. Hasil analisis mendapati faktor demografi, iaitu jantina, umur, agama, kaum, status perkahwinan, status pendidikan tertinggi dan anggaran pendapatan sebulan mempengaruhi pembelian responden. Ini dapat dilihat daripada hasil analisis menggunakan ujian khi kuasa dua, di mana nilai p bagi kesemua kelas persilangan faktor-faktor demografi dengan pembelian produk sardin adalah kurang dari 0.05. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor-faktor demografi dengan produk sardin yang dibeli oleh responden. Selain itu, daripada analisis taburan kekerapan yang telah dilakukan, didapati 66.5% responden dikategorikan sebagai berpengetahuan mengenai label nutrisi dan 57.5% berpengetahuan mengenai logo halal. Hasil analisis taburan kekerapan juga mendapati 47.75% responden memilih label nutrisi produk sardin jenama TC Boy, iaitu produk tempatan dan majoriti 88.5% responden memilih logo halal produk sardin jenama tempatan. Ini menunjukkan label nutrisi dan logo halal produk sardin jenama tempatan menjadi pilihan pengguna.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | quality, characteristic of sardine, international and local brand, consumers' buying preference, label |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 18 Sep 2013 16:26 |
Last Modified: | 16 Oct 2017 17:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7007 |
Actions (login required)
View Item |