Keberkesanan Penggunaan Logo Halal Pada Label Makanan Oleh Pengguna Islam

Dayang Mimie Affizie Mohd Ariffin (2007) Keberkesanan Penggunaan Logo Halal Pada Label Makanan Oleh Pengguna Islam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001549.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan Ini bertujuan mengkaji penggunaan logo Halal. mengenalpasti tabiat serta am alan kepenggunaan semasa pemilihan sesuatu produk makanan dan membuat perbandingan antara tahap pengetahuan responden terutamanya tentang logo halal. Kajian ini dijalankan melalui survei menggunakan borang soal selidik dan melibatkan seramai 400 orang responden yang terdiri daripada 200 orang pelajar UMS dan 200 orang pengguna di luar UMS yang beragama Islam sahaja. Borang soal selidik terdiri daripada 4 bahagian iaitu Demografi pengguna. Tahap pengetahuan pengguna. Amalan dan sikap pengguna dan Pendapat serta persepsi pengguna tentang perlabelan makanan dan logo Halal. Data-data dianalisis menggunakan analisis kekerapan. Khi Kuasa Dua dan Mann-Withney U. Hasil mendapati faktor logo Halal (80.8%) merupakan faktor terpenting semasa membuat pembelian produk makanan. Bagi skor markah pengetahuan. kebanyakan responden mencapai skor markah di antara 70-79 markah (25.8%). Walaupun skor pengetahuan responden didapati pada tahap memuaskan. namun apabila dilihat pada am alan dan sikap responden dalam amalan pengguna dan pengetahuan tentang logo Halal. didapati terdapat dalam sesetengah perkara menunjukkan pengetahuan tersebut tidak dipraktikkan dalam amalan seharian. Faktor kesihatan dan kepercayaan agama didapati merupakan faktor yang mempengaruhi responden (76.8%). Faktor tarikh akhir juga amat dititikberatkan oleh responden sebelum membuat pembelian (91.8%). Ujian Mann-Whitney U menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara kategori pengguna dengan jumlah markah pengetahuan pengguna (z=-3.420. p=0.01). Min jumlah markah pengetahuan pelajar UMS didapati lebih tinggi daripada pengguna luar tetapi ujian Khi Kuasa Dua mendapati tiada perhubungan yang signifikan wujud di antara skor markah pengetahuan dengan kategori responden (p=0.114).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Halal logo, consumer practice, attitude, food product, level of knowledge, Chi square test
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Nov 2013 11:08
Last Modified: 11 Oct 2017 09:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7537

Actions (login required)

View Item View Item